Yesterday I was cleaning up my room, and found some old school magazines. Or perhaps I should say they are some essay compilations from my primary school. I remembered I published my article(s) before so I flipped through them. Then, I found out that I published an essay titled: "Saya sebentuk cincin" during Standard 5. Omg.
I told Joanne about it, since we were from the same school, and then I said if I was to write another essay again, I should write "Saya sebiji kek"
The 1st version of this essay was actually done yesterday, but then, when I talked about it during yum cha session, no one seemed to understand about it. LOL? Guess talking in BM and writing in BM is different. So, for clarity's sake, I write again. This shall be the final version. =)
"Saya sebiji kek"
Saya sebji kek, nama saya ialah Tiramisu. Tuan saya membeli bahagian-bahagian saya dari pasaraya Giant. Kemudian, tuan saya mencampurkan bahagian-bahagian yang dibeli itu ke dalam satu tin kek dan meletakkan tin itu ke dalam peti sejuk.
Akhirnya, saya berjaya dilahirkan! Walaupun, rupa saya tidak berapa kacak, namun, rasa saya masih boleh tahan juga. Dengan gembiranya, tuan saya menumpang saya di rumah kawannya. Kawan itu akan meminjam kereta kepadanya untuk menghantar saya ke satu destinasi yang belum diketahui oleh saya, dan pada masa yang sama, menolong tuan saya memastikan saya masih dalam situasi beku/sejuk, dan bukan cair.
Apabila masa sudah sampai, tuan saya pun membawa saya pergi ke destinasi misteri itu. Akhirnya, saya dan tuan saya pun sampai, rupa-rupanya, tuan saya hendak membawa saya untuk meraikan hari jadi gadis kesukaannya sebagai satu langkah untuk memikat gadis itu. Betapa bangganya saya dapat membantu tuan saya!
Tanpa melengahkan masa, tuan saya pun mencucukkan lilin ke atas saya dan gadis itu pun membantu tuan saya menyalakan lilin-lilin itu. Selepas itu, gadis itu memaksa tuan saya menyanyikan lagu hari jadi. Kesiannya tuan saya.
Akhirnya, tibanya masa untuk saya dikorbankan! Tuan saya dan gadis itu telah bersiap-sedia untuk memakan saya! Walaupun saya akan mati tidak lama lagi, saya masih berasa bangga kerana nampaknya tuan saya akan berjaya memikatnya. Sebelum saya mati, saya menghadap ke langit dan ternampak banyak bintang-bintang yang cantik. Pada masa ini, saya berfikir saya akan.... "AHHHHH!~" (Saya telah dibelah oleh mereka...)
Tidak lama kemudian, di atas syurga, saya ternampak permintaan untuk menjadikan gadis itu temannya daripada tuan saya ditolak oleh gadis itu. Kemudian, gadis itu pun ada teman yang lain. Tuan saya amat sedih, dan saya lagi sedih, kerana saya telah berkorban dengan sia-sia saja.
Walaubagaimanapun, saya masih berbangga dengan tuan saya kerana walaupun dia sudah gagal, sekurang-kurangnya dia pernah cuba. Tetapi, saya memang berharap dia tidak akan begitu gila hingga membuatkan gadis itu 19 biji kek seperti yang dijanjikan olehnya pada malam hari jadi yang lepas itu. Saya tidak mahu melihat lagi banyak korbanan datang menemani saya di atas syurga.
-end-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Omoshiroi desune! an entertaining essay that could be more dramatic...keep it up! haha
Satu karangan yang menyedihkan hati... Ever thought of becoming a writer one day? haha
Siapa tuan kek itu? Memang padan muka permintaannya ditolak oleh gadis tu... "Katak memikirkan makan angsa"...
nama tidak penting skrg. tuannya pun sudah mati katak. tak kisah la. =(
Dun worry, at lease still can be fren. So nice if can have past and future sit beside you! haha
Lol! Past and future, no present.
Post a Comment